Pergaduhan tercetus sebaik pusat mengundi di Venezuela ditutup
Agensi
Julai 29, 2024 10:30 MYT
Julai 29, 2024 10:30 MYT
CARACAS: Pergaduhan tercetus di pusat mengundi di Caracas apabila pusat pengundian ditutup dalam pilihan raya presiden pada Ahad.
Penyokong pembangkang Venezuela yang cemas berkumpul di luar pusat mengundi Andres Bello di pusat bandar Caracas sementara menunggu pengiraan bermula.
Dalam pada itu, pengundi di luar pusat pilihan raya menuntut untuk masuk ke lokasi untuk menyaksikan kiraan undi sambil bersorak melaungkan slogan kebebasan dan slogan terhadap kerajaan Nicolas Maduro.
Ketegangan dilaporkan semakin meningkat sepanjang tempoh pilihan raya apabila pengundi menuntut ketelusan dalam proses kiraan undi.
Puluhan pendukung Maduro yang didakwa tiba di tempat itu dengan motosikal menolak dan menjerit sehingga mencetus pergaduhan di antara kedua-dua penyokong.
Lebih daripada 21 juta orang layak untuk mengundi dalam pilihan raya presiden negara itu kali ini.
Terdapat lebih 21 juta pengundi berdaftar di negara Amerika Selatan itu dan pusat pengundian dibuka pada pukul 6 pagi waktu tempatan.
Dengan 10 calon yang bertanding, persaingan utama dijangka antara Presiden Nicolas Maduro yang ingin mendapatkan penggal ketiga dan Edmundo Gonzalez, yang disokong oleh gabungan pembangkang. - Agensi