Pereka fesyen terkemuka Karl Lagerfeld meninggal dunia
Astro Awani
Februari 19, 2019 19:52 MYT
Februari 19, 2019 19:52 MYT
Pereka fesyen terkemuka, Karl Lagerfeld dilaporkan meninggal dunia di kota fesyen Paris pada usia 85 tahun, lapor media Perancis.
Pereka fesyen kelahiran Jerman itu sinonim sebagai pengarah kreatif Chanel dan pernah menghasilkan koleksi pakaian di bawah labelnya sendiri dan jenama Fendi.
Beliau juga dilaporkan tidak sihat sejak beberapa minggu lalu dan tidak kelihatan di beberapa pertunjukan fesyen besar di beberapa kota besar.
Punca kematian belum dapat dikenal pasti.