Pereka fesyen Kate Spade ditemui mati dalam apartmennya

Agensi
Jun 5, 2018 00:26 MYT
Kate Spade meninggalkan sekeping nota sebelum menggantung dirinya. - AP
Pereka fesyen Kate Spade, 55, disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang mirip tindakan bunuh diri pada pagi Selasa.
Memetik kenyataan pihak berkuasa, seperti yang dilaporkan Associated Press, pereka ikonik itu ditemui mati dalam kediaman apartmennya di New York pada jam 10.20 pagi waktu tempatan.
Portal berita CBS melaporkan, Spade meninggalkan sekeping nota sebelum menggantung dirinya.
Jasad mendiang ditemui oleh pembantu rumahnya.
Kate memulakan kariernya pada tahun 80-an dengan bekerja di sebuah penerbitan makjalah wanita Mademoiselle di Manhattan. Dia berpindah bersama Andy Spade iaitu, abang kepada pelawak selebriti David Spade.
Pasangan itu bertemu di kolej ketika Kate pernah bekerja di sebuah butik pakaian.
Kate dan Andy telah melancarkan koleksi beg tangan Kate Spade pada tahun 1993, dan ia telah berkembang sepenuhnya menjadi rangkaian pakaian dan barangan kemas.
Kate dan Andy berkahwin pada tahun 1994.
#bunuh diri #Kate Spade #meninggal dunia #pereka fesyen
;