Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan

Bernama
Mei 15, 2024 22:21 MYT
Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico. - AP
ATHENS: Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico telah dihantar ke hospital selepas ditembak dan mengalami kecederaan pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media kerajaan, agensi berita TASR.
Insiden itu berlaku apabila seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova, lokasi mesyuarat kerajaan diadakan.
Penyerang ditahan selepas serangan itu, katanya.
Televisyen tempatan JOJ melaporkan seorang lelaki yang berada di khalayak ramai melepaskan tembakan ke arah perdana menteri ketika beliau keluar dari bangunan itu untuk beramah mesra dengan penduduk di bandar berkenaan.
-- BERNAMA
#perdana menteri slovakia #pm ditembak #Robert Fico #handlova
;