Perdana Menteri sementara Pakistan angkat sumpah

Bernama
Ogos 14, 2023 23:30 MYT
Anwaar-ul-Haq Kakar pada Isnin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kerajaan sementara Pakistan. - Gambar Twitter @anwaar_kakar
ISLAMABAD: Anwaar-ul-Haq Kakar pada Isnin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kerajaan sementara Pakistan, menurut Pakistan Television yang dikendalikan kerajaan, lapor Xinhua.
Presiden Arif Alvi menyelia upacara angkat sumpah jawatan dalam satu majlis yang diadakan di istana presiden Aiwan-e-Sadr di ibu negara Islamabad.
Majlis itu dihadiri bekas Perdana Menteri Shahbaz Sharif, anggota Kabinetnya, gabenor dan ketua menteri wilayah, senator, pemimpin politik, diplomat dan pegawai tinggi awam dan tentera.
Terdahulu pada Ahad, Shahbaz dalam ucapan perpisahan kepada negara menyatakan keyakinan perdana menteri sementara yang baharu dilantik akan memastikan pilihan raya yang bebas, adil dan telus di negara ini.
-- BERNAM-XINHUA
#pilihan raya #angkat sumpah #pemimpin politik #pegawai tinggi awam
;