Perdana Menteri New Zealand bertunang
Afiq Ariffin
Mei 3, 2019 07:18 MYT
Mei 3, 2019 07:18 MYT
Mungkin anda pernah dengar atau mengenali siapakah Jacinda Ardern?
Jacinda Ardern adalah Perdana Menteri New Zealand yang pernah mencuri perhatian berikutan kebijaksanaan dan sikap kepimpinannya dalam menangani insiden serangan di dua masjid di Christchurch, suatu ketika dahulu.
Terkini, Ardern dikhabarkan sudah bertunang dengan kekasihnya, Clarke Gayford, selepas lelaki itu melamarnya ketika cuti perayaan Easter.
Khabar berita itu disahkan oleh jurucakap beliau pada Jumaat.
Pasangan Ardern, Gayford merupakan hos bagi rancangan memancing di televisyen tempatan yang berusia 41 tahun.
Pasangan tersebut mempunyai seorang anak perempuan bernama Neve Te Aroha berusia 10 bulan dan dijaga oleh Gayford ketika Ardern sibuk mentadbir negara.
Difahamkan mereka dijangka akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Sebelum ini, cara Ardern berhadapan dengan insiden serangan di Christchurch telah mendapat pujian masyarakat dunia.