Perdana Menteri Jepun mohon maaf
Sinar Harian
Mac 26, 2018 10:27 MYT
Mac 26, 2018 10:27 MYT
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sekali lagi memohon maaf kerana mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap pentadbirannya gara-gara skandal berbaur kronisme melibatkan individu yang mempunyai pertalian dengan isterinya.
Terdapat khabar angin mengatakan sekeping tanah milik kerajaan dijual pada harga diskaun kepada seorang pengusaha sekolah kebangsaan yang mempunyai pertalian dengan isteri presiden itu, Abe dan isterinya bagaimanapun menafikan penglibatan mereka.
"Isu ini telah menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran, sebagai ketua kerajaan, saya rasa bertanggungjawab dan ingin memohon maaf kepada rakyat," kata Abe.
Beliau bagaimanapun dilihat tidak berniat untuk meletak jawatan, malah berjanji untuk menyemak semula perlembagaan dan memperbaik pentadbirannya.
Melalui undian awam yang dijalankan, populariti Abe merudum 31 peratus dan rakyat berkata presiden itu harus bertanggungjawab dalam skandal tersebut.
Sokongan yang makin merudum akan menjejaskan peluang Abe untuk menjadi pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) bagi penggal ketiga pada pilihan raya parti September nanti, yang bakal menjadikan beliau menjadi individu paling lama menjadi presiden Jepun. - Reuters