Perdana Menteri Australia umum kemenangan pilihan raya negara itu

Agensi
Julai 10, 2016 13:25 MYT
TURNBULL: "Kami telah menang pilihan raya, itu yang kita telah lakukan." - Gambar fail
Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull mengumumkan kemenangan parti konservatif pimpinannya dalam pilihan raya umum negara, seminggu selepas pilihan raya berlangsung.
Meskipun pengiraan undi masih berlangsung, parti Buruh dilaporkan telahpun mengaku kekalahan.
“Awal hari ini, pemimpin Parti Buruh, Bill Shorten telah menghubungi saya dan mengucapkan tahniah kepada saya atas pelantikan semula sebagai Perdana Menteri.
“Kami telah menang pilihan raya, itu yang kita telah lakukan,” kata Turnbull kepada wartawan di Sydney.
#malcolm turnbull #Parti Buruh #Parti Konservatif #Perdana Menteri Australia #pilihan raya Australia
;