Percubaan kedua SpaceX Starship gagal

Bernama
November 19, 2023 03:43 MYT
Pelancaran itu merupakan ujian penerbangan bersepadu kedua buat Starship. - Gambar fail/Reuters
LOS ANGELES: Roket baharu SpaceX Starship yang dilancarkan pada Sabtu berakhir dengan kegagalan apabila berlaku letupan beberapa minit selepas pelancaran, lapor Xinhua.
Starship berjaya berlepas menggunakan kesemua 33 enjin Raptor pada Super Heavy Booster pada kira-kira 7.04 pagi Central Time dari pangkalan Starbase SpaceX di Texas, menurut SpaceX.
Starship berjaya melepasi fasa pemisah sebelum pendorongnya mengalami masalah.
Misi Starlink gagal, bertahan beberapa minit di angkasa
Pelancaran itu merupakan ujian penerbangan bersepadu kedua dan ujian kali ini akan membantu meningkatkan kebolehpercayaan Starship dalam usaha SpaceX untuk membolehkan angkasawan dihantar ke Bulan, Marikh dan selainnya, kata SpaceX.
SpaceX akan berkongsi lebih banyak maklumat apabila pasukan menyemak data selesai menjalankan siasatan.
-- BERNAMA
#SpaceX Starship #Elon Musk #gagal dilancar #letupan