Percubaan bunuh Trump: Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan

Bernama
Julai 23, 2024 16:26 MYT
Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) Kimberly Cheatle telah meletakkan jawatan susulan desakan meluas berhubung cubaan membunuh calon Republikan Donald Trump. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) Kimberly Cheatle telah meletakkan jawatan susulan desakan meluas berhubung cubaan membunuh calon Republikan Donald Trump, lapor NBC News pada Selasa, memetik tiga sumber, menurut Sputnik.
Cheatle dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai peletakan jawatannya lewat pagi ini, menurut laporan itu yang memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang.
Peletakan jawatan beliau dibuat selepas beliau disoal siasat oleh penggubal undang-undang Dewan Perwakilan AS pada Isnin mengenai kegagalan agensi itu untuk menjamin keselamatan perhimpunan Trump pada 13 Julai di Butler, Pennsylvania.
-- BERNAMA
#Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS #Kimberly Cheatle #cubaan bunuh Trump #letak jawatan