Perbicaran kes rogol India bermula hari ini
Astro Awani
Januari 5, 2013 10:59 MYT
Januari 5, 2013 10:59 MYT
Perbicaraan lima suspek kes rogol beramai-ramai seorang pelajar perubatan di India akan bermuala hari ini.
Seorang lagi suspek yang berusia 17 tahun akan dibicarakan di mahkamah juvana. Hukuman maksimum yang boleh dikenakan ke atas remaja itu ialah ditahan tiga tahun di pusat pemulihan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa kini sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan umur bagi kes juvana.
Dalam pada itu, protes susulan jenayah kejam ke atas gadis berkenaan terus diadakan di seluruh India.
Penunjuk perasaan mengancam meneruskan bantahan hingga undang-undang lebih keras ke atas perogol dan jenayah ke atas wanita dilaksanakan.
Mereka memberi kata dua kepada Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya atau letak jawatan.
Dalam kejadian bulan lepas, gadis tersebut yang dirogol beramai-ramai di dalam bas telah dihumban keluar tingkap sebuah bas yang sedang bergerak.
Mangsa meningal dunia di hospital di Singapura akibat kecederaan parah.