Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun
Bernama
Jun 17, 2024 18:32 MYT
Jun 17, 2024 18:32 MYT
MOSCOW: Perbicaraan seorang wartawan Wall Street Journal (WSJ) yang ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip akan bermula pada 26 Jun di bandar Yekaterinburg, kata Mahkamah Wilayah Sverdlovsk pada Isnin.
Pendengaran kes jenayah terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS) Evan Gershkovich akan diadakan secara tertutup, lapor Agensi Anadolu.
"Mahkamah Wilayah Sverdlovsk telah menerima kes jenayah terhadap warganegara Amerika Syarikat Evan Gershkovich. ... proses itu akan dijalankan secara tertutup. Pendengaran pertama kes itu dijadualkan pada 26 Jun. Hakim Andrey Mineev akan mengendalikan kes ini," kata kenyataan akhbar itu.
Gershkovich telah ditahan di Rusia pada Mac 2023 atas tuduhan pengintipan.
Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan menuduhnya mengumpul rahsia negara tentang kompleks industri ketenteraan.
Gershkovich dan WSJ menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa dia hanya menjalankan tugasnya sebagai wartawan.
-- BERNAMA