Tiga bekas eksekutif syarikat Tokyo Electric Power (Tepco) dibicarakan di Mahkamah Jepun berkaitan tragedi Fukushima yang mengorbankan lebih 18,000 nyawa.

Mereka didakwa mengabaikan keselamatan walaupun menyedari risiko tsunami sekurang-kurangnya dua tahun sebelum kejadian.

Perbicaraan akan mempertimbangkan sama ada mereka boleh dipertanggungjawabkan secara jenayah.

Mereka yang didakwa adalah Pengerusi Tepco Tsunehisa Katsumata, 77, serta dua naib presidennya iaitu Sakae Muto, 66, dan Ichiro Takekuro, 71.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh berdepan hukuman sehingga lima tahun penjara.

Ketika perbicaraan, ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian dan kecederaan 40 pesakit yang dipindahkan ke hospital berhampiran loji itu.

Pada 2011, bencana tsunami yang mencapai ketinggian 15.5 meter menyebabkan kemusnahan besar pada loji jana kuasa nuklear Fukushima dan menyebabkan sisa radioaktif merebak ke persekitaran.