Perbicaraan pecat Dilma Rousseff bermula

Agensi
Ogos 26, 2016 16:37 MYT
Rousseff memerlukan dua pertiga majoriti atau 54 senator dari 81 untuk mengekalkan jawatannya. - Foto AFP
Nasib Presiden Brazil Dilma Rousseff kini berada ditangan senator-senator negara itu apabila perbicaraan pemecatan beliau bermula hari ini.
Rousseff dituduh cuba menyorok defisit dalam bajet awam Brazil dengan memanipulasi ketiadakaturan fiskal seperti melambatkan pembayaran balik hutang negara.
Peguam bela Rousseff bakal berdepan dengan pendakwa raya Mahkamah Tinggi Brazil di hadapan 81 senator yang akan mengundi untuk memecat Rousseff atau tidak, Isnin depan.
Rousseff memerlukan dua pertiga majoriti atau 54 senator dari 81 untuk mengekalkan jawatannya.
Setakat ini, 48 senator sudah mengundi untuk pemecatan beliau, 18 memilih untuk menolak dan selebihnya masih belum membuat keputusan.
#Dilma Rousseff #Presiden Brazil #Senat #senator
;