Perbicaraan MH17: Pendakwa Raya mohon pesalah dipenjara seumur hidup

Astro Awani
Disember 22, 2021 06:55 MYT
Panel tiga hakim diketuai Hendrik Steenhuis (kiri) semasa perbicaraan kes tembakan jatuh pesawat MH17 di The Hague. - Foto AP
THE HAGUE: Salah seorang pendakwa raya yang terlibat dalam perbicaraan kes tembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 memohon semua pesalah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Permohonan itu dibuat Manon Ridderbeks, di mahkamah The Hague, Belanda pada Rabu.
Suspek, tiga warga Rusia, Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov serta seorang warga Ukraine, Leonid Karchenko didakwa atas dua kesalahan iaitu menyebabkan pesawat MH17 dijatuhkan dan membunuh 298 penumpang.
Pesawat MH17 ketika itu sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur melepasi laluan kawasan bergolak di sempadan Ukraine-Rusia sebelum ditembak jatuh menggunakan misil pada 2014.
Kesemua penumpang, juruterbang dan anak kapal terkorban akibat tragedi itu.
#MH17 #suspek #penjara #Seumur hidup
;