Perbicaraan kes bunuh Pegawai Diplomat Britain di Lubnan disambung semula

Agensi
Januari 11, 2018 14:48 MYT
Perbicaraan suspek yang disyaki membunuh seorang Pegawai Kedutaan Britain di Lubnan, Rebecca Dykes pada Disember 2017 disambung semula. - Gambar REUTERS
KES perbicaraan suspek yang disyaki membunuh seorang Pegawai Kedutaan Britain di Lubnan, Rebecca Dykes pada Disember 2017 disambung semula pada Khamis.
Menurut Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Antoine Abu Deeb, suspek yang merupakan pemandu Uber memberi kerjasama kepada mahkamah ketika sesi soal jawab berlangsung.
Bagaimanapun, butiran soal siasat kes terbabit tidak didedahkannya.
Rebecca Dykes, 30 tahun ditemukan mati di tepi jalan oleh pihak berkuasa Lubnan pada 17 Disember 2017.
Hasil siasatan mendapati, terdapat kesan tali pada leher mangsa dipercayai akibat dijerut hingga menyebabkan mangsa mati tercekik.
Pihak penyiasat tidak menolak kemungkinan mangsa diserang secara seksual oleh suspek.
Kematian mengejut Dykes disahkan pejabat luar Britain di London.
#Antoine Abu Deeb #Britain #bunuh #London #mahkamah #mangsa #mati #Rebecca Dykes #siasatan #suspek #Uber
;