Perbalahan diplomatik: India gantung perkhidmatan visa untuk warga Kanada

Bernama
September 21, 2023 09:38 MYT
Ketegangan itu berlaku selepas Ottawa menuduh New Delhi terlibat dalam pembunuhan seorang pemimpin Sikh di Kanada. - Gambar fail
NEW DELHI: India telah menggantung perkhidmatan visa untuk rakyat Kanada, kata penyedia perkhidmatan visa BLS International pada Khamis di laman webnya, memetik notis daripada misi India, lapor Xinhua.
Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah perbalahan diplomatik antara kedua-dua negara.
Ketegangan itu berlaku selepas Ottawa menuduh New Delhi terlibat dalam pembunuhan seorang pemimpin Sikh di Kanada.
-- BERNAMA
#Kanada #India #pembunuhan pemimpin Sikh #visa India