Peraturan suaka baharu, Texas saman kerajaan Biden
Bernama
Mei 24, 2023 18:20 MYT
Mei 24, 2023 18:20 MYT
HOUSTON: Texas di pada Rabu memfailkan saman terhadap pentadbiran Joe Biden berhubung peraturan suaka yang baharu diperkenalkan, yang membenarkan pendatang membuat temu janji di sempadan AS-Mexico melalui aplikasi telefon bagi mendapatkan suaka di Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
"Pentadbiran Biden sengaja mencipta aplikasi telefon dengan matlamat untuk meluluskan lebih banyak pendatang asing memasuki negara ini secara haram," dakwa Peguam Negara Texas Ken Paxton dalam satu kenyataan.
Paxton mendakwa aplikasi itu, yang dikenali sebagai CBP One, tidak mempunyai ciri-ciri pengesahan sama pendatang yang memohon layak untuk memasuki AS, justeru pada dasarnya menggalakkan orang ramai datang ke negara itu.
Pentadbiran Biden cuba melaksanakan perintah suaka yang lebih teratur dengan aplikasi itu, tetapi dikritik kerana masalah teknologi dan prosedur sejak ia dilancarkan pada Januari.
-- BERNAMA