Peraturan dan dasar awam yang adil diperlukan untuk hak pemilikan rumah - UN-Habitat

Mohd Dzulfitri Md Yusuf
Jun 8, 2023 19:24 MYT
Christophe Lalande menegaskan peraturan dasar yang inklusif akan memastikan hak perumahan untuk semua dapat dipenuhi. - Astro AWANI
NAIROBI: Kerangka undang-undang dan dasar awam yang adil diperlukan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan untuk memiliki rumah sendiri
Ketua Unit Perumahan UN-Habitat, Christophe Lalande menegaskan peraturan dasar yang inklusif akan memastikan hak perumahan untuk semua dapat dipenuhi.
Menurut Lalande, masalah ketiadaan tempat tinggal merupakan masalah yang paling mendesak dan serius di kebanyakan bandar di seluruh dunia.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, UN-Habitat telah bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memerangi masalah ketiadaan tempat tinggal. Ini adalah satu perjuangan yang besar.
“Tidak mampu mempunyai tempat berteduh sendiri adalah satu gambaran paling ekstrem mengenai kemiskinan bandar. Sudah pasti banyak yang harus dilakukan.
UNHA2: Mencari solusi masalah perumahan mampu milik
Lalande turut menyatakan hal berkenaan dengan dana bukanlah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah perumahan.
“Bukan hanya tentang pelaburan atau mencari penyelesaian kewangan tetapi lebih penting mengangkat isu perumahan sebagai dasar sosial terpenting dalam hal ekonomi dan sosial.
Lalande berkata demikian ketika ditemu bual untuk program Niaga Awani pada Khamis.
Perumahan mampu milik adalah salah satu daripada resolusi yang dibincangkan dalam Perhimpunan UN-Habitat sesi kedua yang akan berakhir pada Jumaat.
#UNHA2 Rumah Mampu Milik: Kualiti tinggi, cantik & berteknologi hijau
#UN-Habitat #Christophe Lalande #hak perumahan #undang-undang #dasar awam
;