GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza semakin parah dengan bahan api, bekalan makanan, air dan elektrik semakin terputus.
Menurut pegawai kanan PBB, jumlah kematian kini melebihi 7,300 mangsa.
Pada masa sama, Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) turut mendedahkan lebih 50,000 wanita mengandung terperangkap dalam konflik tersebut dan kira-kira 5,500 wanita akan melahirkan bayi dalam tempoh 30 hari akan datang.
Sekiranya bekalan bekalan bahan api kehabisan, Unit Rawatan Rapi Neonatal akan terjejas dan pembedahan Caesarean yang dirancang atau kecemasan adalah mustahil untuk dilaksanakan.
Di Hospital Al-Shifa di Gaza, Dr Nasser Bulbul berkata kakitangan menghadapi kekurangan bekalan perubatan, ventilator dan ubat-ubatan penting untuk menyelamatkan nyawa.
“Kami mendapati peningkatan kes kelahiran pramatang. Kami terpaksa melakukan kelahiran pramatang dari kandungan ibu semasa dia hampir mati.
"Ramai daripada bayi ini adalah yatim piatu dan kami tidak mengetahui nasib saudara mereka atau mempunyai maklumat tentang identiti mereka.
"Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana kami menghadapi kekurangan bekalan perubatan, ventilator dan ubat-ubatan penting yang menyelamatkan nyawa," katanya.
Pada Khamis, Kementerian Kesihatan Gaza mendedahkan senarai nama dan nombor pengenalan 7,300 orang yang terbunuh sejak permulaan perang, termasuk lebih 3,000 kanak-kanak bawah umur dan lebih 1,500 wanita.
Astro Awani
Sat Oct 28 2023
Kakitangan hospital menghadapi kekurangan bekalan perubatan, ventilator dan ubat-ubatan penting untuk menyelamatkan nyawa. - Foto REUTERS
Banjir: Mungkin solusi ada di 'seberang sungai'
Muhafandi Muhamad membawakan tinjauan di sekitar Sungai Golok dan menemui penduduk yang sentiasa terkesan banjir yang melanda akibat limpahan air sungai tersebut, serta apa solusi terbaik.
JS-SEZ: Perjanjian dijangka beri impak besar pertumbuhan ekonomi Johor
Firdaus Azil membawakan perkembangan terkini mengenai Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi Johor.
Kepengerusian ASEAN: Kuala Lumpur, Putrajaya sudah sedia jadi tuan rumah mesyuarat utama
Persediaan merangkumi pelbagai aspek kritikal seperti keselamatan, kesihatan awam, pengurusan komuniti dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika serbuan ketum
Dua senjata api jenis mesingan tiruan antara yang dirampas pihak polis ketika melakukan serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses air ketum di Lintang Bayan.
PM Anwar lancar
Logo VM2026 melambangkan budaya Malaysia yang kaya, keindahan semula jadi, dan daya tarikan global serta menjadi simbol visual kesediaan negara untuk menyambut pelancong dari seluruh dunia.
Agenda AWANI: Titah Adendum | Fahami Dalam Konteks Perundangan
Apa yang boleh kita fahami titah adendum dalam konteks perlembagaan? Adakah tafsiran perundangan berbeza merujuk kepada kuasa prerogatif YDPA, fungsi Lembaga Pengampunan dan titah tambahan (adendum)? Diskusi 8.30 malam
CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon
Agensi antirasuah Korea Selatan meminta polis mengambil alih pelaksanaan waran untuk menahan Yoon yang menghadapi proses pendakwaan.
Peguam Najib baca surat sahkan titah tambahan wujud
Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membacakan surat daripada Sultan Pahang yang juga Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengesahkan kewujudan perintah tambahan tahanan dalam rumah bagi bekas Perdana Menteri itu.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin berikutan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang lemah, kata seorang peniaga.
Titah adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib ditahan di rumah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, Jabatan Penjara tidak pernah menerima sebarang perintah daripada Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya untuk membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak jalani baki tempoh hukuman penjaranya di rumah
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.