Perang Palestin-Israel: Selepas 10 hari, Lintasan Rafah dibuka untuk bantuan kemanusiaan

Fareez Azman
Oktober 16, 2023 12:40 MYT
Sukarelawan Mesir menunggu di sebelah konvoi trak yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin oleh NGO Mesir, di semenanjung Sinai, Mesir, 15 Oktober 2023. -Reuters
GAZA: Lintasan Rafah di selatan Gaza-Mesir dibuka bagi membenarkan konvoi kemanusiaan memasuki Gaza pada Isnin.
Laporan agensi antarabangsa memaklumkan, Lintasan Rafah dibuka pada jam 9 pagi waktu tempatan.
Ia sekali gus memberi harapan kepada rakyat Palestin di Gaza yang berdepan malapetaka kemanusiaan selepas rejim Zionis Israel menyekat bekalan air, elektrik, dan makanan memasuki Gaza sejak empat hari lalu.
Badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia dalam ciapan di laman X turut berkongsi perkara sama.

Setelah 10 hari! Alhamdulillah lintasan Rafah di sempadan selatan Gaza dengan Mesir sudah dibuka untuk bantuan kemanusiaan. AlHAMDULILLAH! Semoga selamat para pekerja yang melasanakan misi ke sana. Moga Allah lindungi kalian semua. Video: Egypt News pic.twitter.com/cAw8DeFtRx

— Cinta Gaza Malaysia - CGM (@cintagaza_my) October 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dilihat ratusan lori kontena membawa barangan makanan, perubatan serta keperluan memasuki Gaza, diikuti puluhan ambulans dari Mesir bagi membantu mangsa-mangsa yang cedera.
Mesir juga membenarkan warganegara asing termasuk Amerika Syarikat (AS) melintasi sempadan itu.
Ia selepas Mesir memberi tekanan kepada AS bahawa warganegaranya di Gaza tidak akan dibenarkan melintasi sempadan itu sekiranya rejim Zionis tidak menghentikan serangan udara ke atas bumi Gaza.
#Palestin #Gaza #bantuan kemanusiaan #lintasan Rafah #Israel Cuak