Perang Palestin-Israel: Penutupan penuh Gaza cabul undang-undang antarabangsa - PBB

Bernama
Oktober 10, 2023 19:51 MYT
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam keputusan Israel menghentikan semua penghantaran makanan, air, elektrik dan bahan api ke Semenanjung Gaza. - Gambar fail/REUTERS
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam keputusan Israel menghentikan semua penghantaran makanan, air, elektrik dan bahan api ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ia dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menafikan orang daripada apa yang mereka perlukan untuk hidup, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk di Geneva pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Palestin-Israel: 687 terbunuh di Gaza, 17 di Tebing Barat
"Perintah kepungan yang membahayakan nyawa orang awam dengan tidak membenarkan barangan penting untuk kelangsungan hidup mereka adalah dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa," katanya.
"Sebarang sekatan ke atas pergerakan orang dan barangan untuk melaksanakan kepungan mesti dibuktikan oleh keperluan ketenteraan atau sebaliknya boleh dikenakan hukuman kolektif."
-- BERNAMA
#PBB #penutupan penuh Gaza #Perang Palestin-Israel #Volker Turk
;