Perang Palestin-Israel: Maghribi gesa Liga Arab adakan mesyuarat tergempar
Bernama
Oktober 9, 2023 15:10 MYT
Oktober 9, 2023 15:10 MYT
KUALA LUMPUR: Maghribi telah meminta Liga Arab mengadakan mesyuarat tergempar peringkat Menteri Luar bagi membincangkan keadaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza berikutan serangan tentera Israel sejak Sabtu.
Kedutaan Maghribi dalam satu kenyataan di sini berkata Raja Mohammed VI yang merupakan pengerusi Majlis Liga Arab semasa juga telah mengarahkan keperluan mencari cara untuk menghentikan peningkatan berbahaya yang menyasarkan orang awam.
Ia berkata rundingan intensif sedang dilakukan untuk mesyuarat itu diadakan minggu ini di ibu pejabatnya di Kaherah, Mesir.
Ditubuhkan pada 1945, Liga Arab kini dianggotai 22 negara termasuk Palestin.
-- BERNAMA