Perang Palestin-Israel: Kumpulan kedua konvoi bantuan tiba di Gaza

Bernama
Oktober 23, 2023 07:18 MYT
Anggota dan sukarelawan Bulan Sabit Merah Mesir berkumpul di sebelah trak yang membawa bantuan kemanusiaan di lintasan Rafah dari sebelah Mesir, 22 Oktober 2023. -REUTERS
RAFAH: Kumpulan kedua konvoi bantuan membabitkan 14 trak dengan muatan peralatan perubatan, makanan dan air masuk ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah pada Ahad malam.
Kumpulan pertama telah masuk ke Gaza pada Sabtu, menjadikan jumlah trak bantuan yang tiba di Gaza kepada 34 setakat ini, menurut Agensi Perita Palestin (WAFA).
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 4,651 rakyat Palestin termasuk 1,903 kanak-kanak dan 1,024 wanita terbunuh manakala 14,245 lagi cedera sejak pertempuran terkini meletus pada 7 Okt.
-- BERNAMA
#Perang Palestin-Israel #konvoi bantuan #peralatan perubatan #Gaza #WAFA