Perang Palestin-Israel: Korban kanak-kanak hampiri 5,000

Agensi
November 5, 2023 23:30 MYT
Sekurang-kurangnya 4,880 kanak-kanak terbunuh daripada jumlah keseluruhan manga korban seramai 9,770 orang sepanjang berlaku peperangan antara Israel dan Hamas di Gaza yang genap sebulan esok. - Foto REUTERS
GAZA: Sekurang-kurangnya 4,880 kanak-kanak terbunuh daripada jumlah keseluruhan manga korban seramai 9,770 orang sepanjang berlaku peperangan antara Israel dan Hamas di Gaza yang genap sebulan esok, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan, daripada 2.3 juga populasi di Gaza, seramai 1.5 juta daripada mereka ditempatkan di kem pelarian.
Zionis Israel berkata, sasaran utama mereka ialah kumpulan pejuang Hamas dan aset-aset mereka dan mendakwa orang awam hanya digunakan sebagai perisai.
Namun demikian, di sebalik dakwaan itu, pengkritik menyifatkan tindakan yang dilakukan Israel tidak seimbang berikutan terlalu banyak nyawa orang awam yang menjadi mangsa kekejaman itu. - Al Jazeera
#Perang Palestin-Israel #korban kanak-kanak #israel serang gaza #kem pelarian