Perang Palestin-Israel: Hampir 500 petugas kesihatan terbunuh - WHO

Agensi
Oktober 30, 2023 07:00 MYT
Perang antara Palestin dan Israel yang mula tercetus sejak 7 Oktober lalu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan terbunuh. - Gambar AP
GAZA: Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut WHO, daripada jumlah kematian itu, sekurang-kurangnya 16 petugas kesihatan meninggal dunia dan 30 lagi cedera ketika sedang bertugas.
Dalam perang berkenaan yang memasuki hari ke-24 itu juga, sebanyak 82 serangan dilakukan ke atas kemudahan perubatan di wilayah bergolak itu.
Semenjak serangan dimulakan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu, sebanyak 28 ambulans mengalami kerosakan, manakala 36 pusat perubatan terkesan teruk, tegas kenyataan itu lagi.
Menjelas lanjut, kata WHO, 118 serangan lain ke atas sektor perubatan di Tebing Barat dan Timur Jerusalem direkodkan yang mengakibatkan tiga kematian dan menyebabkan 15 kakitangan perubatan cedera semasa bertugas. - Agensi

Since 7 October, @WHO has documented 200 attacks on health care in the occupied Palestinian territory. 494 people have been killed in health attacks including 16 health workers on duty. Health care and civilians must be protected now.#NotATarget pic.twitter.com/zDzMyxwKjd

— WHO in occupied Palestinian territory (@WHOoPt) October 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Perang Palestin-Israel #petugas kesihatan terbunuh #WHO #Pertubuhan Kesihatan Sedunia
;