Perang Palestin-Israel: Arahan pindahkan pesakit ibarat hukuman mati - WHO

Faida Rahim
Oktober 13, 2023 18:04 MYT
Pihak berkuasa kesihatan tempatan di Gaza memaklumkan tidak mungkin dapat memindahkan pesakit berisiko dari hospital di utara Semenanjung Gaza disebabkan keadaan kecederaan yang dialami mereka. -Gambar fail/AP
GAZA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pihak berkuasa kesihatan tempatan di Gaza memaklumkan bahawa tidak mungkin dapat memindahkan pesakit berisiko dari hospital di utara Semenanjung Gaza.
Jurucakap WHO Tarik Jasarevic memaklumkan beberapa pesakit yang mengalami kecederaan serius perlu bertahan dengan bantuan mesin ventilator.
"Terdapat orang yang cedera parah, bermakna satu-satunya peluang untuk bertahan hidup adalah dengan bantuan nyawa, seperti ventilator mekanikal," katanya.
Tambahnya, dengan memindahkan pesakit ini seolah mengenakan hukuman mati kepada mereka.
“Jadi memindahkan orang-orang itu adalah hukuman mati. Meminta pekerja kesihatan berbuat demikian adalah kejam,” katanya.
Sementara itu, sebuah pesawat kargo tentera Turki yang membawa makanan dan peralatan penjagaan kesihatan kecemasan yang bertujuan untuk Gaza dijangka mendarat di Mesir pada Jumaat.
Menurut portal TRT, kargo itu dijangka dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish Mesir ke Semenanjung Gaza melalui persimpangan Rafah namun begitu tidak jelas waktu bantuan itu akan tiba di Gaza.
Mesir sebelum ini memberi jaminan kepada PBB ia akan membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan merentasi sempadan.
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia #WHO #Gaza #Mesir
;