Perang Palestin-Israel: 33 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober

Astro Awani
November 1, 2023 06:15 MYT
Sekumpulan wartawan dan jurukamera mencari tempat berlindung sebaik mendengar bunyi amaran serangan udara oleh tentera Israel ke atas Gaza baru-baru ini. - Foto Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ)
BEGITU ramai wartawan maut sejak minggu pertama perang tercetus antara Israel-Hamas di Gaza berbanding jumlah korban dalam beberapa konflik lain di wilayah itu sebelum ini sejak 1992, kata Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).
Menurut CPJ, sehingga hari ini (2 November), seramai 33 wartawan dilaporkan terbunuh, manakala lapan orang lagi cedera, sementara sembilan lagi hilang atau telah ditahan, kata CPJ dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X.

More members of the press have died in the first weeks of the Israel-Gaza war than any other conflict since at least 1992.

As of November 1: -33 journalists dead -8 journalists injured -9 journalists missing or detained More details:https://t.co/W1t8GQMBf8#Israel #Gaza

— Committee to Protect Journalists (@pressfreedom) November 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Perang Palestin-Israel #wartawan terbunuh #perang di Gaza #israel serang gaza
;