Perang Pakistan-India: AirAsia pantau operasi di utara India
Najib Aroff
Februari 27, 2019 18:06 MYT
Februari 27, 2019 18:06 MYT
Syarikat penerbangan tambang rendah, Airasia kini memantau perkembangan ketegangan hubungan Pakistan India yang berbalas serangan di kawasan pertikaian sempadan Kashmir dan India.
Dalam satu muat naik Twitter, AirAsia menegaskan syarikat berkenaan masih mengkaji kesan terhadap penerbangan Airasia X ke Amritsar dan operasi Airasia India ke Srinagar.
Pakistan mengumumkan penutupan ruang udaranya kepada penerbangan komersial manakala India mengumumkan penangguhan penerbangan di beberapa kawasan utara India.
Dalam pada itu laporan NDTV Arahan penutupan lapan lapangan terbang di utara india Jammua dan Kashmir, Punjab dan Himachal Pradesh ditarik balik.
Laporan itu turut memetik lapan lapangan terbang itu termasuk Amritsar, Jammu, Srinagar dan Leh, Kullu-Manali, Kangra, Shimla dan Pathankot.
#AirAsia
#Airasia X
#India
#Jammu
#Jet F-16
#Kangra
#Kullu-Manali
#Leh
#Manali
#Pakistan
#Pathankot
#Perang nuklear pakistan india
#Perang Pakistan India
#Say no to war
#Serangan kashmir
#Shimla
#Srinagar