Perang dagangan semakin sengit, Trump umum peningkatan tarif

Rizal Zulkapli
Ogos 24, 2019 08:30 MYT
Menurut Trump, Amerika telah kehilangan sehingga trilion dolar dalam beberapa tahun selepas China mencuri harta inteleknya bernilai berbilion dolar. - Gambar hiasan
SAHAM di pasaran Amerika Syarikat mencatatkan kejatuhan dalam dagangan pada Jumaat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meneruskan perang tarif dengan China.
Perang tarif ini bertambah ‘sengit’ selepas China mengumumkan tarif 5 ke 10% ke atas import dari Amerika bernilai AS$75 bilion pada lewat Jumaat.
Sebagai balasan Trump mengumumkan melalui Twitter, peningkatan tarif ke atas import China bernilai AS$250 bilion yang kini dikenakan tarif 25% kepada 30%, berkuatkuasa 1 Oktober.
Baki import dari China yang bernilai AS$300 bilion pula akan dikenakan peningkatan tarif dari 10% pada ketika ini kepada 15%.

...unfair Trading Relationship. China should not have put new Tariffs on 75 BILLION DOLLARS of United States product (politically motivated!). Starting on October 1st, the 250 BILLION DOLLARS of goods and products from China, currently being taxed at 25%, will be taxed at 30%...

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) August 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

...Additionally, the remaining 300 BILLION DOLLARS of goods and products from China, that was being taxed from September 1st at 10%, will now be taxed at 15%. Thank you for your attention to this matter!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) August 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tarif adalah cukai yang dikenakan ke atas import dari sesebuah negara sebagai salah satu instrumen untuk menyekat kemasukan produk dari negara asing.
BACA: Trump kenakan tarif 10 peratus ke atas AS$300 bilion import dari China
Dalam masa yang sama, tarif yang dikenakan akan dibayar sama ada oleh pengimport, pengguna atau syarikat yang mengeksport.
Pada 15 Ogos lepas, Trump mengumumkan penangguhan tarikh kuatkuasa tarif ke atas produk dari China bernilai AS$300 bilion sebanyak 10%, daripada 1 September kepada 15 Disember.
Penangguhan ini dilihat penganalisis sebagai bertujuan untuk membolehkan pengguna di Amerika membeli belah pada musim Thanksgiving dan Krismas tanpa dibebani kenaikan harga produk dari China.
Susulan daripada pengumuman tarif baru oleh Presiden Trump, indeks utama di Wall Street mencatatkan kejatuhan.
Indeks Dow Jones jatuh lebih 600 mata, S&P 500 jatuh lebih 2.5% dan Indeks Komposit Nasdaq jatuh 3%.
BACA: China kenakan tarif ke atas produk Amerika bernilai AS$75 bilion
Dalam masa yang sama, Trump turut mengarahkan syarikat dari Amerika untuk mencari alternatif lain kepada China.
Ini termasuk mencari pusat pembuatan baru untuk produk mereka dan membawa syarikat mereka pulang ke AS.

....your companies HOME and making your products in the USA. I will be responding to Chinas Tariffs this afternoon. This is a GREAT opportunity for the United States. Also, I am ordering all carriers, including Fed Ex, Amazon, UPS and the Post Office, to SEARCH FOR & REFUSE,....

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) August 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Trump, Amerika telah kehilangan sehingga trilion dolar dalam beberapa tahun selepas China mencuri harta inteleknya bernilai berbilion dolar.
Sementara tu, Pengerusi Simpanan Persekutuan AS, Jerome Powell menyatakan akan menggunakan polisi kewangan untuk mengekalkan pengembangan ekonomi, kadar pekerjaan yang kukuh dan inflasi pada 2%.
#Amerika Syarikat #China #cukai #dagangan #Donald Trump #ekonomi #harta intelek #import #Jerome Powell #Kejatuhan #kenaikan harga #penganalisis #perang #pusat pembuatan baru #saham #tarif #Twitter
;