'Perang belum berakhir' - Netanyahu
Astro Awani
Oktober 17, 2024 06:45 MYT
Oktober 17, 2024 06:45 MYT
GAZA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa, pemimpin Hamas yang dibunuh rejim Zionis, Yahya Sinwar sebagai tulang belakang di sebalik "pembunuhan beramai-ramai paling teruk dalam sejarah rakyat kita sejak Holocaust."
Dakwa Netanyahu, sementara Israel "menyelesaikan skor dengannya", "tugas di hadapan kita masih belum selesai" - kerana Israel akan meneruskan perjuangannya sehingga tebusan dibawa pulang.
Bercakap kepada orang ramai di Gaza, Netanyahu berkata: "Sinwar memusnahkan hidup anda" dan bahawa sekarang dia sudah mati, "Hamas tidak akan lagi mengawal" wilayah itu, menyifatkan ini sebagai peluang untuk mereka membebaskan diri mereka "daripada kezalimannya".
"Kepulangan tebusan kami adalah peluang untuk mencapai semua matlamat kami dan membawa kami lebih dekat ke penghujung perang," kata Netanyahu.