Perancis umum komitmen tentang keganasan di Asia Barat

Astro Awani
Ogos 28, 2021 06:37 MYT
Presiden Perancis Emmanuel Macron berucap ketika Persidangan Kerjasama dan Rakan Kongsi Baghdad di Baghdad. - Foto Pejabat Perdana Menteri Iraq via AP
BAGHDAD: Perancis umum komitmen untuk bersama-sama dengan negara Asia Barat menentang keganasan.
Perkara itu dinyatakan Presiden Emmanuel Macron, ketika Persidangan Kerjasama dan Rakan Kongsi Baghdad.
"Perancis akan kekal berhubung dengan semua negara di rantau ini yang kami ingin bantu menentang keganasan.
"Keganasan masih wujud di kawasan Iraq dan Syria dan kami akan kekal berada di sana. Kami akan kekal dengan komitmen ini dan pada masa sama kekal menghormati kedaulatan negara lain," katanya.
Persidangan yang dianjurkan bersama Iraq ini memperakui peranan Perancis sebagai pengantara.
Ia juga diharap dapat mengurangkan tekanan di Asia Barat.
Macron turut menyifatkan persidangan sebagai berjaya memenuhi objektifnya.
#keganasan #Perancis #Asia Barat #Emmanuel Macron
;