Perancis catat suhu panas tertinggi akibat gelombang haba
Agensi
Jun 28, 2019 06:07 MYT
Jun 28, 2019 06:07 MYT
Perancis kini dilanda cuaca panas dan gelombang haba tertinggi negara itu dengan suhu dilaporkan mencecah sehingga 45.9 darjah Celsius.
Susulan itu perkhidmatan cuaca negara itu mengeluarkan amaran merah di empat kawasan buat pertama kalinya pada Jumaat.
Perancis antara beberapa negara di Eropah kini berdepan dengan keadaan cuaca melampau yang telah meragut beberapa nyawa.
Di ibu kota Perancis, ramai dilihat berkumpul di kawasan air pancut terutama di tempat tumpuan pelancong di sekitar Menara Eiffel bagi menyejukkan badan.
Menurut pakar meteorologi, gelombang haba ini disebabkan udara panas dari utara Afrika dan juga ribut yang kini sedang melanda Lautan Atlantik.
Sebelum ini pada 2003, gelombang haba yang melanda Perancis mencatatkan suhu tertinggi 44.1 darjah Celcius.