Pihak berkuasa dan pendakwa raya Perancis telah membuka kertas siasatan berikutan kes pencemaran salmonella dan penarikan semula besar-besaran susu formula bayi oleh syarikat gergasi Lactalis, lapor AFP.
Siasatan itu memfokuskan pelbagai dakwaan antaranya menyebabkan kecederaan tanpa sengaja, membahayakan nyawa, unsur penipuan dan kegagalan dalam melaksanakan tindakan menarik balik produk.
Laporan mengenai kira-kira 20 kanak-kanak jatuh sakit selepas meminum susu serbuk Lactalis, yang dijual di bawah beberapa jenama berbeza di Perancis dan negara-negara lain, mula mencetuskan panik sejak awal Disember lalu.
Syarikat tersebut, yang merupakan antara pengeluar produk tenusu terbesar dunia, telah menarik balik produk mereka secara besar-besaran pada 10 Disember.
Hampir 7,000 tan paket susu yang dikeluarkan kilang tercemar di Craon, barat laut Perancis.
Ketika itu, syarikat berkenaan tidak dapat mengesahkan jumlah kandungan yang mungkin membahayakan, atau yang telah dijual di seluruh dunia. Pada 21 Disember, arahan penarikan semula kedua telah dilaksanakan.
Sejak 15 Februari, semua produk yang dikeluarkan kilang Craon telah ditarik balik, dengan laporan pencemaran dikatakan berpunca daripada kerja-kerja renovasi awal tahun ini.
Arahan penarikan balik itu telah menjejaskan konsumer di beberapa negara seperti China, Pakistan, Bangladesh, Britain dan Sudan.
Simptom salmonella termasuk cirit-birit, kekejangan di perut dan muntah-muntah. Keadaan itu disebabkan aktiviti bakteria dalam usus yang datangnya daripada haiwan ternakan.
Simptom itu menjadi berbahaya jika berlanjutan kerana boleh menyebabkan dehidrasi teruk , terutamanya pada golongan berusia dan kanak-kanak.
Agensi
Wed Dec 27 2017
![Perancis buka kertas siasatan susulan kes pencemaran susu bayi Perancis buka kertas siasatan susulan kes pencemaran susu bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71514356984_susu.jpg)
Laporan mengenai kira-kira 20 kanak-kanak jatuh sakit selepas meminum susu serbuk Lactalis mula mencetuskan panik sejak awal Disember lalu. - AP
![Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720100172_minumankeras.jpg)
Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import
JKDM menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras yang mengikrar barangan sebagai sayur-sayuran, menerusi penahanan dua kontena di Pelabuhan Utara, Klang pada 13 Jun.
Tumpuan Jumaat – 05 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
![Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720105938_KLIAGasBocor.jpg)
Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA
Kebocoran satu daripada injap tangki skid yang terbiar sembilan tahun menjadi punca kepada insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, KLIA.
Consider This: UK Elections - Foregone Conclusion? (Part 2)
Prime Minister Rishi Sunak is in a fierce battle to retain his position, facing a formidable challenge from Labour leader Keir Starmer. As the Conservatives brace for what could be a historic defeat, all eyes are on whether Labour will secure a decisive victory. However, is it a foregone conclusion? On this episode of #ConsiderThis Hafiz Marzukhi speaks to Karisma Putera Abdul Rahman, Policy Research Analyst at Bait Al Amanah
Consider This: UK Elections - Foregone Conclusion? (Part 1)
Prime Minister Rishi Sunak is in a fierce battle to retain his position, facing a formidable challenge from Labour leader Keir Starmer. As the Conservatives brace for what could be a historic defeat, all eyes are on whether Labour will secure a decisive victory. However, is it a foregone conclusion? On this episode of #ConsiderThis Hafiz Marzukhi speaks to UM's Assoc Prof Dr Roy Anthony Rogers, Deputy Executive Director (Development, Research, & Innovation), Asia Europe Institute
![Polis sahkan rangka milik 'Hafiz' Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720105371_ayah.jpg)
Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'
Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, pada 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
10 Berita Pilihan - (04 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan 5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720100363_pertukaranMemorandu.jpg)
5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
![Edar dadah: Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan Edar dadah: Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701773562_Penjara.jpg)
Edar dadah: Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan ke atas seorang buruh yang didapati bersalah mengedar 299.17 gram dadah jenis methamphetamine, tiga tahun lepas.
![20,000 produk Lactalis yang disyaki tercemar memasuki pasaran Vietnam 20,000 produk Lactalis yang disyaki tercemar memasuki pasaran Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81514452847_GroupeLactalis.jpg)
20,000 produk Lactalis yang disyaki tercemar memasuki pasaran Vietnam
Agensi berkaitan di Vietnam kini memanggil balik produk susu formula Lactalis kerana dikhuatiri dicemari bakteria salmonela.