Perancis akan serang Syria jika terbukti wujud penggunaan senjata klorin
Agensi
Februari 14, 2018 21:27 MYT
Februari 14, 2018 21:27 MYT
Perancis akan melancarkan serangan ke atas Syria jika terbukti bahawa pentadbiran Presiden Bashar Al Assad menggunakan senjata kimia terhadap orang awam.
Bagaimanapun, kata Presiden Emmanuel Macron pada Selasa, setakat ini, beliau masih belum dapat melihat bukti yang ia telah digunakan.
Sejak awal tahun ini, terdapat laporan serangan yang disyaki senjata klorin di Syria, termasuk di sebuah bandar yang dikuasai pemberontak pada Februari lalu di mana beberapa orang telah dirawat kerana masalah pernafasan.
Perancis mengatakan analisis kimia serangan gas sarin yang digunakan di Syria pada April lepas adalah hasil tangan kerajaan Al Assad.
Terdahulu, naib presiden pertahanan awam Syria, atau White Helmets, berkata Perancis perlu berhenti bercakap dan mula benar-benar bertindak.