Perancang plot pembunuhan dipenjara 25 tahun
Astro Awani
Mei 31, 2013 10:08 MYT
Mei 31, 2013 10:08 MYT
Seorang lelaki warga Texas, Manssor Arbabsiar djatuhkan hukuman penjara 25 tahun selepas mengaku bersalah merancang plot pembunuhan Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat.
Keputusan itu dibuat Mahkamah Persekutuan Manhattan pada Khamis.
Manssor yang berusia 58 tahun mengaku bersalah atas tuduhan itu tahun lepas.
Dia didakwa pergi ke Mexico atas arahan tentera Iran bagi menguruskan plot berkenaan. Plot itu bagaimanapun berjaya dipatahkan.
Pihak pembelaan bagaimanapun meminta hukuman penjara tidak lebih 10 daripada tahun atas alasan anak guamnya itu mengalami kecelaruan mental sehingga gagal membuat pertimbangan secara waras.