Perakam suara kokpit Germanwings 4U 9525 ditemui
AFP
Mac 25, 2015 17:42 MYT
Mac 25, 2015 17:42 MYT
Alat perakam suara kokpit (CVR) pesawat Airbus Germanwings 4U 9525 telah ditemui di tapak nahas dan dilaporkan dalam keadaan rosak dan kini dibawa ke Paris untuk dianalisis, kata sumber yang diyakini dalam misi pencarian tersebut kepada AFP.
Dalam nahas tersebut, kesemua 150 orang termasuk enam anak kapal yang berada di dalam pesawat terkorban. Pesawat tersebut telah berlepas dari Barcelona, Sepanyol menuju ke Dusseldorf, Jerman.
“Kotak hitam tersebut ditemui itu adalah alat CVR. Ia didapati rosak dan kini dihantar ke Paris,” kata sumber tersebut namun masih belum dapat memberi maklumat lanjut.
Namun begitu, kotak hitam yang kedua iaitu perakam data penerbangan masih belum ditemui dan anggota misi pencari dan penyelamat sedang bertungkus-lumus memeriksa tapak nahas di kawasan pergunungan Alps tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
GALERI FOTO: