Penyokong Trump serbu Capitol, debat undian elektoral pilihan raya AS ditangguh
Astro Awani
Januari 6, 2021 07:00 MYT
Januari 6, 2021 07:00 MYT
WASHINGTON DC: Debat undian elektoral Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) terpaksa ditangguhkan.
Ini susulan tindakan kumpulan pro-Presiden Donald Trump menyerbu bangunan Capitol ketika proses itu berlangsung.
Dewan Kongres dan Senat mengadakan sidang berkenaan untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden.
Proses itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan selepas ada kalangan penunjuk perasaan memasuki kawasan larangan di dalam dewan.
Tunjuk perasaan ini juga berlaku selepas Trump berucap di hadapan ribuan penyokong di Washington untuk tidak mengaku kalah.
Biden dalam pada itu menyifatkan tindakan pemprotes itu sebagai satu serangan ke atas kehendak rakyat dan tidak mewakili pendapat warga AS secara keseluruhan.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa Senator Republikan dilaporkan mahu mencabar keputusan pilihan raya di beberapa negeri.
Bagaimanapun usaha itu gagal kerana tiada cukup sokongan.
#Debat pengiraan undian elektroral ditangguh
#Penunjuk perasaan
#serbu Capitol
#Donald Trump
#Joe Biden
#Trump tidak mengaku kalah
#bantah kemenangan Biden