Penyokong Morsi tolak arahan tamatkan protes
Astro Awani
Ogos 2, 2013 12:32 MYT
Ogos 2, 2013 12:32 MYT
Ribuan penyokong bekas Presiden Mesir Mohammed Morsi menolak arahan kerajaan sementara Mesir yang disokong tentera supaya menamatkan protes.
Jurucakap kumpulan menyatakan protes besar-besaran itu akan diteruskan sehingga jawatan presiden Mesir dikembalikan kepada Mohamed.
Penyokong-penyokong Mohamed kini berhimpun di daerah Timur Kaherah dan luar perkarangan Universiti Kaherah.
Mohamed ialah presiden pertama Mesir yang terpilih secara demokrasi digulingkan tentera bulan lalu.
Di sebalik arahan kerajaan sementara itu, kumpulan aktivis Islam terbesar Mesir, Brotherhood beserta penyokong Mohamed telah merancang mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran selepas solat Jumaat hari ini.
Pertempuran antara pihak berkuasa dengan penyokong Mohamed dalam tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh Mesir untuk membantah kuasa tentera itu telah meragut lebih 260 nyawa.