Penyokong Karim Wade bantah penahanannya

Agensi
April 17, 2013 19:52 MYT
Penyokong anak bekas Presiden Senegal, Abdoulaye Wade, Karim Wade bertempur dengan polis di pinggir luar bandar Dakar, bagi membantah penahanannya.
Karim Wade sebelum ini dituduh telah menggelapkan wang negara.
Menurut pendakwaraya khas sekumpulan panel hakim akan mengendali kes dan meminta Wade menjelaskan bagaimana dia mengurus wang milik peribadi berjumlah lebih 1.3 juta dollar Amerika.
Para peguam yang mewakilinya menyediakan 42 halaman bagi menafikan segala dakwaan yang dikenakan.
Perkembangan yang berlaku menimbulkan reaksi berbeza di kalangan penduduk Senegal dan bagi mereka yang bersimpati dengan Wade, ia disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa.
#Abdoulaye Wade #anak bekas Presiden Senegal #Karim Wade
;