Penyokong FPI anjur protes, tuntut keadilan
Khairunnisa Kasnoon
Disember 18, 2020 05:20 MYT
Disember 18, 2020 05:20 MYT
PENUNJUK perasaan berkumpul di Jakarta pada Jumaat menuntut pembebasan Pemimpin dan Pengasas Barisan Pembela Islam (FPI), Habib Rizieq Shihab.
Selain itu, protes juga menuntut bela atas kematian enam penyokong Rizieq yang ditembak polis pada 7 Disember lalu.
Kira-kira 200 penunjuk perasaan berarak menuju ke istana negara di Jakarta sambil membawa sepanduk dan melaungkan slogan menunut keadilan.
Para penunjuk perasaan menuntut pembebasan Rizieq dengan segera dan meminta ketelusan mengenai kematian penyokongnya.
Enam penyokong Rizieq itu maut ditembak ketika konvoi perjalanan yang membawa pemimpin FPI itu ke sebuah masjid.
Polis mendakwa, mereka yang ditembak itu membawa senjata, termasuk pistol namun dinafikan FPI.
Susulan itu, Suruhanjaya Nasional Hak Asasi Manusia membentuk pasukan mencari bukti bagi menyiasat perbezaan kenyataan antara polis dan FPI berhubung kejadian itu.