Penyokong anti-kerajaan terus himpun di Islamabad
Astro Awani
Januari 15, 2013 21:12 MYT
Januari 15, 2013 21:12 MYT
Ribuan penyokong anti kerajaan terus berhimpun di tengah Islamabad bagi mendesak kerajaan mengadakan reformasi pilihanraya.
Mereka masih enggan bersurai disebalik operasi polis yang melepasan gas pemedih mata dan tembakan untuk meleraikan tunjuk perasaan.
Protes dianjurkan pemimpin agama yang bernama Tahir-Ul-Qadri.
Dia juga mendesak semua kerajaan letak jawatan dan mahu semua penyokongnya tidak berganjak sehingga permintaannya dipenuhi.
Terdahulu, timbul dakwaan yang menyatakan, tindakan Tahir yang mendesak reformasi pilihanraya hanya akan mengagalkan usaha untuk mengadakan pilihanraya akan datang.
Sebelum ini Tahir berikar menganjurkan menghimpunkan sejuta penyokongnya.