Penyertaan Indonesia dalam FATF tingkatkan imej positif dalam sistem kewangan, kata Jokowi

Bernama
November 6, 2023 20:25 MYT
JOkowi berkata, Indonesia diterima sebulat suara sebagai ahli tetap ke-40 FATF hasil kejayaan rundingan di Paris, Perancis, pada akhir Oktober. - Gambar fail
JAKARTA: Penyertaan Indonesia sebagai ahli tetap Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) akan meningkatkan imej positif sistem kewangannya dan pada masa yang sama memperkukuh keyakinan dan kepercayaan terhadap iklim pelaburan di negara itu.
Presiden Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi berkata Indonesia diterima sebulat suara sebagai ahli tetap ke-40 FATF hasil kejayaan rundingan di Paris, Perancis, pada akhir Oktober.
"Kami berharap kejayaan ini akan menjadi langkah awal ke arah menambah baik tadbir urus rejim antipengubahan wang haram dan pembiayaan anti-keganasan Indonesia," kata presiden itu dalam satu kenyataan.
Badan antara kerajaan itu yang ditubuhkan pada tahun 1998 dan beribu pejabat di Paris, kini dianggotai 40 ahli, termasuk Malaysia yang menyertai organisasi itu pada Februari 2016.
FATF menumpukan kepada usaha global untuk memerangi pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan serta pembiayaan pemerolehan senjata pemusnah besar-besaran.
-- BERNAMA
#Indonesia #FATF #sistem kewangan #Joko Widodo
;