Penyerang Mumbai 2008 jalani hukuman gantung
Associated Press
November 21, 2012 15:12 MYT
November 21, 2012 15:12 MYT
Penyerang Mumbai 2008 Mohammad Ajmal Amir Kasab menjalani hukuman gantung sampai mati pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini di penjara Yerwada, Pune.
Mohammad Ajmal dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada Mei 2010 selepas bersabit kesalahan mendalangi serangan Mumbai empat tahun lalu.
Usaha terakhir untuk mendapat pengampunan gagal selepas ia ditolak Presiden India, Pranab Mukherjee.
Tertuduh merupakan penyerang tunggal yang berjaya ditangkap pihak berkuasa India.
Mohammad Ajmal yang dilahirkan di Pakistan serta didakwa menerima latihan daripada Gerakan Lakshare Taia yang berperngkalan di republik Islam itu.
Serangan 2008 didalangai 10 penyerang yang melumpuhkan Mumbai selama 10 hari.
Tragedi berdarah meragut 166 nyawa termasuk seorang rakyat Malaysia.
Insiden itu juga mengeruhkan lagi hubungan India-Pakistan yang sedia tegang.