Penyerang masjid Oslo dihadap ke mahkamah

Astro Awani
Ogos 12, 2019 06:42 MYT
Philip Manshaus ketika hadir ke mahkamah. -Reuters
Suspek tembakan di sebuah masjid di Oslo, Norway dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melancarkan serangan pengganas dan membunuh adik tirinya.
Tertuduh Philip Manshaus ditahan pada Sabtu selepas melepaskan tembakan di Pusat Islam al-Noor yang terletak di pinggir bandar Oslo dan menyebabkan seorang lelaki cedera.
BACA: Tembakan rambang di masjid Oslo, seorang jemaah cedera
Polis melaporkan suspek telah melepaskan beberapa das tembakan namun tidak menyatakan jenis senjata yang digunakan Philip.
Dalam kejadian itu, jemaah masjid sempat menahan suspek sehingga polis tiba.
Polis yang kemudiannya menyerbu rumah suspek menjumpai mayat adik tiri perempuannya berusia 17 tahun.
Peguam bela, Unni Fries, dalam pada itu, enggan mengulas laporan media Norway bahawa serangan itu diilhamkan daripada insiden tembakan di New Zealand.
Dalam serangan itu, 51 jemaah di dua masjid terkorban.
#Baerum #Masjid Oslo #Philip Manshaus #Pusat Islam al-Noor #serangan masjid #unni fries
;