Penyerang London bacul, penakut - Datuk Bandar

Agensi
Jun 4, 2017 09:50 MYT
Sadiq menyifatkan pelaku serangan itu sebagai -bacul dan penakut- kerana menyasarkan warga London yang tidak bersalah. -Gambar fail/Reuters
Datuk Bandar London Sadiq Khan mengecam serangan terbaharu di kota London pada Sabtu malam.
Sadiq menyifatkan pelaku serangan itu sebagai “bacul dan penakut” kerana menyasarkan warga London yang tidak bersalah.
Sadiq sebelum itu mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai agar bertenang.

My statement on the cowardly terrorist attack in London tonight: https://t.co/PaGXogN60N Please continue to follow @metpoliceuk for updates pic.twitter.com/AcGaju2Svp

— Mayor of London (@MayorofLondon) June 4, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau juga mahu orang ramai mendapatkan maklumat daripada Twitter Polis Metropolitan London bagi mengetahui perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Polis London telah mengisytihar insiden langgar lari dan tikam berdekatan London Bridge sebagai tindakan pengganas.
#bacul dan penakut #datuk bandar London #Sadiq Khan #serangan di london
;