Penyerang berani mati di Suruc dikenal pasti

Agensi
Julai 22, 2015 23:30 MYT
Serangan pada Isnin itu mengorbankan 32 orang, dan mencederakan lebih seratus yang lain.
Identiti penyerang berani mati yang melancarkan serangan di pusat kebudayaan di bandar Suruc, Turki, dikenal pasti sebagai Seyh Abdurrahman Alagoz.
Ujian DNA mendedahkan penyerang sebagai pelajar Turki, berusia 20 tahun.
Penyerang disahkan berasal dari daerah tenggara Adiyaman dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan IS, lapor BBC.
Serangan pada Isnin itu mengorbankan 32 orang, dan mencederakan lebih seratus yang lain.
Ia disifatkan serangan keganasan terburuk di Turki dalam tempoh beberapa tahun.
Sebahagian besar mangsa merupakan pelajar universiti yang juga aktivis kumpulan belia.
Kumpulan berkenaan merancang memasuki Syria, bagi misi membina semula bandar Kobani, yang musnah akibat pertempuran.
#penyerang berani mati #Seyh Abdurrahman Alagoz #Turki