Penyelam nyaris ditelan ikan paus

Astro Awani
Julai 24, 2013 21:21 MYT
Dua penyelam skuba yang sedang menyelam di pesisir pantai California hampir ditelan oleh sepasang ikan paus kelasa yang tiba-tiba muncul ke permukaan air.
Penyelam itu, Shawn Stamback dan rakannya Francis Antigua sebelum itu cuba melihat dengan dekat ikan paus berkenaan makan dan menyelam untuk mendengar suara paus.
Insiden itu sempat dirakamkan oleh rakan mereka dari atas sebuah bot. Stamback kemudian memuat naik rakaman itu ke laman YouTube dan dalam masa tiga hari telah ditonton lebih empat juta kali.
#ikan paus #ragam manusia
;