Penyanyi transgender akhirnya di tahan di lokap wanita secara sendirian

Agensi
Februari 12, 2020 18:41 MYT
Keputusan untuk menempatkan Lucinta bersendirian dibuat bagi mengelakkan dia menjadi perhatian serta dibuli. - Gambar Instagram
Polis Indonesia akhirnya memutuskan penyanyi dangdut terkenal negara itu, Lucinta Luna yang ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy akan ditempatkan di lokap wanita.
Penyanyi transgender berumur 30 tahun itu, bagaimanapun, akan bersendirian di lokap tersebut.
Menurut Pengarah Tahanan dan Bahan Bukti Polis Daerah Metro Jaya, Barnabas S Imam, keputusan untuk menempatkan Lucinta bersendirian dibuat bagi mengelakkan dia menjadi perhatian serta dibuli.
Selain itu, beliau berkata, pihak berkuasa juga turut memberi perhatian pada aspek keselamatan dan keselesaan Lucinta.
"Mana-mana tahanan yang dibawa masuk adalah menjadi tanggungjawab polis menjaga keselamatan mereka sama ada dari segi fizikal maupun psikologi.
"Lalu, untuk menghindarkan dia dibuli dan sebagainya, maka kami lakukan itu (memisahkan Lucinta dari lokao wanita dan lelaki)," katanya seperti dilaporkan portal media Indonesia.
Terdahulu, polis Indonesia bingung untuk menempatkan Lucinta di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.
"Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahanan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan)," kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun.
Menurut media tempatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada 1.30 pagi Selasa.
Selebriti itu ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan satu pasangan suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil ecstacy di apartmennya.
BACA: Lucinta ditangkap, polis bingung mahu tempatkan di lokap lelaki atau wanita
#ditangkap kerana dadah #Indonesia #Lucinta Luna #penyanyi dangdut #penyanyi transgender
;