Penyampai jadi bintang sebab sebut nama bandar 'pelik dan panjang' dengan lancar

Madiha Abdullah
September 13, 2015 12:15 MYT
Dutton berjaya sebut nama bandar terpanjang dan paling sukar di Eropah itu dengan lancar.
Tahukah anda tentang kewujudan sebuah bandar dengan nama pelik dan panjang di Wales, United Kingdom?
Ia juga jarang dapat disebut dan dieja dengan betul oleh kebanyakkan orang kecuali oleh penduduk tempatan di bandar terbabit sendiri.
Bandar yang dimaksudkan adalah bandar Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch.
Namun berbeza bagi seorang penyampai di sebuah stesen televisyen, nama bandar inilah yang menjadikan dia bintang internet sekelip mata.
Liam Dutton, seorang penyampai segmen ramalan cuaca di stesen televisyen Channel 4, sebuah stesen televisyen di Wales, berjaya menyebut nama bandar berkenaan dengan lancar dan tenang.
Video Dutton tersebar di laman YouTube sejak tiga hari lalu dan kini telah mencecah tontonan lebih sembilan juta.
Netizen rata-ratanya kagum dengan kebolehan Dutton dan laman sosial dibanjiri dengan pujian untuk penyampai itu.

When you try to pronounce #Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch as smoothly as @liamdutton https://t.co/jxRl6Ubo6P

— GQ Magazine (@GQMagazine) September 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

If you're a meteorologist, it's good to know how to pronounce places. @LiamDutton handles this Welsh town no sweat. http://t.co/O32GfDYMz1

— Alex Lamers (@AlexJLamers) September 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Impressive! Weatherman cooly says town's 58-letter name. http://t.co/BBiZoRvKuU @liamdutton @JimCantore @medwick pic.twitter.com/sJToL8OGcG

— Jon Evans (@JonEvansWECT) September 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dutton sebelum ini merupakan penyampai di saluran BBC dan berasal dari Cardiff, Wales.
Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch merupakan sebuah bandar kecil di utara Wales dan antara lokasi paling panas di negara tersebut.
Video kredit YouTube Channel 4 News
#Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch #Penyampai berita #Wales
;